Aku terima nikahnya Mahani binti Rahim dengan mas kahwinnya RM 24.00 tunai...
Rasanya macam baru sahaja peristiwa itu berlaku. Tapi kini sudah 8 tahun ia berlalu. Hasil perkahwinan aku itu telah mendapat seorang cahaya mata yang akan menyambut hari kelahirannnya pada 09 Mac ini. Tarikh itu adalah tarikh aku buat kenduri perkahwinan aku di kampung sungai Buloh iaitu 9 Mac 2001.
Semoga aku tabah menghadapi dugaan dan rintangan dan gelora berumah tangga hingga ke akhirnya. AMIN...Ini gambar sewaktu aku masih belum berkahwin lagi. Kurus kan..hensem juga...manis pun ada..hee..heee.. perasannnn....
KEPADAMU KEKASIH HATI
KUSERAHKAN JIWA DAN RAGA
KERANA KAU AKU GEMBIRA
KERANA KAU AKU BAHAGIA.....
SELIMUTKAN KU DENGAN ASMARA
LINDUNGIKU DARI DUKA DAN LARA
WALAUPUN BANYAK DUGAAN MELANDA
TAKKAN KU BIAR ENGKAU DERITA
KERANA KU TAHU, KAU LAH KEKASIH KUUUU
SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE LAPAN ISTERIKU SAYANGG........
No comments:
Post a Comment