27 Feb 2009 (Jumaat) - Pada sebelah petang seperti biasa kita balik. Hari ini Mahani pergi PINANG ada buka pameran disana. Saya hantar Rohana ke KTM untuk dia balik ke Kg dan terus hantar Raihana balik ke Sri Jelok. Saya tidak singgah dirumah Sri Jelok kerana Raihana tinggal seorang. Tak Manis pula. Sebaik sahaja Raihana dah kunci pintu dan kita pasti dia dah selamat, kita terus balik. Hari ini tinggal seorang kat rumah. Sebelum sampai rumah kita singgah makn di kedai Mamak Ibrahim. Kita order Sup Ekor, Telor dadar dan nasi putih. Selesai sahaja makan, kita terus balik. Waktu nak reverse kereta ada bunyi sesuati tapi kita tak endahkan. Sampai di rimah kita dengar bunyi enjin kereta bunyi lain macam. Kita amati bunyi tersebut, rupanya bunyi tayar bocor. Kita cepat-cepat pergi kekedai tayar yang terletak lebih kurang 500 meter jer dari rumah. Setelah pemeriksan, rupanya ada kunci terbenam dalam tayar. Nasib baik boleh tampal. Kena RM 5.00 ringgit.
INI LAH ANAK KUNCI YANG MEMBENAMKAN DIRINYA DALAM TAYAR DEN...
Walaupun ini cerita kunci bocorkan tayar tapi kita nak cerita juga. Kita tinggal sorang malam tu, kat rumah macam biasa buat kerja yang telah di berikan oleh pensyarah. Akibat rasa penat kita tertidur. Dalam pada tidur kita tersedar sebab tekak rasa mual nak muntak. Kita terus lari dan masuk bilik air...mbuuureekkhkdgdy....kita muntah...lama dalam bilik air. Rasanya habis semua sup ekar, telur dan nasi putih keluar balik. Lepas aja muntah, kita rasa ok balik. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment