DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Sunday, January 31, 2010

BERKHELAH DITEPIAN KOLAM AR-RAHMAN

Tadi baru balik Kampung.. Seronoknya.. So aku mula mencipta aktiviti untuk anak-anak di Kampung. 

Aturcara :- 

1.  Menebas tepian kolam
2.  Memasang Khemah di tepian kolam
3.  Memancing Ikan
4.  Membakar ikan
5.  Makan di tepian Kolam

So, you alla layanlah gambar yang memberikan maksud 1-5 diatas.



Nie rumput yang aku tarah pakai mesin rumput Abang Nasar.  Samapi mesin tu rosak la.  Lepas tu, aku buat khemah untuk diaorang semua.  Bukan punya main suka diaorang.  So, sebagai upah, diaorang boleh mancing kolam nie.  Semua anak-anak ku memancing dengan gembira.  Yang uniknya, mereka tu ada yang baru berumur 4 tahun pun nak mancing.  Yang bestnya dapat juga ikan... besar lagi..  Punya la senang mancing di kolam AR-RAHMAN nie.  Yang paling tua memancing sapa lagi kalau tak si Shafiq yang kaki pancing tu.  dan yang paling kocik sokali ialah Mirza dan Sharul. baru berumur 4 tahun. 



Inilah hasilnya tangkapan ank-anak buah aku.  Perhh.. nak tahu sedap-tak sedap.. mai la rasa...


Ini semua lah anak-anak buah aku yang memancing ikan-ikan tu.  Berkelah di tepian kolam.  Ingat tak best ker.. nostalgia bebb.. dulu masa kecik-kecik mak selalu bawa makanan kat sawah padi kat sini laaa...Hari ini. aku buat lah nostalgia tu... berselera makan..

Mak pada mulanya menolak tawaran makan di tepian kolam, namun atas godaan angin dan redup khemah aku.. mak akhirnya datang juga dengan mahani.. heee...heee...



Tu gambar induk ina yang tengah tak tahan kena asap masa bakar ikan.

IKAN TALAPIA MAK DAH BESAR

Ikan Talapia Mak dah besar.  Saya pernah post kan cerita ini dulu.  Kalau tak ingat, sila Klik Disini

WINNOH BAKAL DAPAT ADIK


Winnoh bakal dapat adik.. Berita ini baru sahaja aku dapat tahu tadi.. Insyallah isteri Banche' Shahrom (Kak Su) sedang mengandung.  Ini bermakna, keluarga aku akan bertambah lagi. 

Kak Lang Rahimah juga mengandung.  Alhamdulillah.. ramai lah waris Ar-Rahman.  Tetapi ramai yang tanya, aku bila lagi...??????mmm....mmmm

Wednesday, January 20, 2010

LUTFI DAH DARJAH SATU


Tengoklah gelagat Lutfi ni dalam bilik darjah.  Waktu pagi bukan main hensem lagi, tapi bila balik macam tak mandi 1 minggu.

Agak-agaknya, saya kecik-kecik dulu macam ni juga ker...seingat-ingatnya tak pulak macam nie.  Sebab baju saya tu, sehelai aja.  Kena pakai untuk 5 hari. Tapi ntahlah....

Thursday, January 14, 2010

GERHANA MATAHARI SEPARA 15 JAN 2010

Rajah di atas menunjukkan keadaan ketika gerhana maksimum dari Kuala Lumpur. Simulasi dibuat menggunakan perisian Stellarium.


Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.

Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.

Kiraan waktu gerhana dari lokasi bandar-bandar utama di malaysia adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM
Fasa Maksimum (41% 28.6% Matahari Tertutup):4:26 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM

Kota Bharu
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:03 PM
Fasa Maksimum (47% 34.5% Matahari Tertutup):4:31 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:45 PM

Langkawi (Kuah)
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 2:54 PM
Fasa Maksimum (52% 39.7% Matahari Tertutup):4:27 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:46 PM

Kuching
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:34 PM
Fasa Maksimum (23% 12.2% Matahari Tertutup):4:34 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:27 PM

Miri
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:43 PM
Fasa Maksimum (24% 12.9% Matahari Tertutup):4:41 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:33 PM

Kota Kinabalu
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:47 PM
Fasa Maksimum (24% 13.5% Matahari Tertutup):4:44 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:35 PM

Laman web NASA yang disediakan oleh Fred Espanak mengandungi peta interaktif gerhana menggunakan Google Map. Klik SINI

Nota: Waktu kejadian yang dipaparkan di laman web NASA adalah berdasarkan Universal Time (UT). Untuk tukar ke waktu Malaysia, sila tambah 8 jam.

Cara melihat gerhana


Seperti yang selalu diingatkan, jangan SEKALI-KALI melihat Matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta.



Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera).



Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection).
Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperi baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda!
Rujuk SINI

Suasana ketika Gerhana Matahari Separa.

Disebabkan matahari teramat cerah, tidak banyak kesan yang dapat dirasa atau dilihat ketika fasa gerhana. Mungkin paling jelas ialah suasana sekeliling akan kelihatan 'kurang' terang berbanding biasa. Namun, anda perlulah mempunyai skil observasi yang tinggi untuk benar-benar dapat melihat perbezaan cahaya ketika fasa gerhana.

Wednesday, January 13, 2010

SERAI UNTUK DIMASAK














Serai ni aku yang tanam. Tanam kat tepi rumah aja. Ada la dalam 40-50 rumpun. dah banyak, banyak macam nie tak tahu pula nak buat apa. Kalau jual laku juga ni.
Aku ada idea, apa kata aku bawa untuk rakan-rakan dipejabat. Mana-mana yang selalu masak di rumah pasti nak , agaknya la...
Apa-apa pun layanlah gambar serai aku yang banyak nihhh...