DOA KU
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.
Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.
Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.
Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.
Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.
ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,
AMIN....
RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT
SILA KLIK DISINI UNTUK BACA
-
►
2023
(2)
- ► October 2023 (1)
- ► January 2023 (1)
-
►
2019
(2)
- ► February 2019 (1)
- ► January 2019 (1)
-
►
2018
(2)
- ► December 2018 (1)
- ► January 2018 (1)
-
►
2017
(2)
- ► December 2017 (2)
-
►
2015
(6)
- ► October 2015 (1)
- ► August 2015 (1)
- ► January 2015 (4)
-
►
2014
(8)
- ► December 2014 (3)
- ► February 2014 (3)
-
►
2013
(2)
- ► December 2013 (1)
- ► March 2013 (1)
-
►
2010
(23)
- ► September 2010 (2)
- ► April 2010 (1)
- ► March 2010 (9)
- ► February 2010 (1)
- ► January 2010 (10)
-
▼
2009
(120)
- ► December 2009 (20)
- ► November 2009 (6)
- ► October 2009 (3)
- ► September 2009 (2)
- ► August 2009 (15)
- ► April 2009 (4)
- ► March 2009 (12)
- ► February 2009 (4)
-
▼
January 2009
(12)
- GAMBAR ADIK-BERADIK MAK
- GAMBAR-GAMBAR SUMBANGAN ADIK KE 14
- GAMBAR SEWAKTU KE CAMERON HIGHLAND PADA 1 - 4 JAN ...
- GAMBAR KENDURI BALIK HAJI N PINDAH RUMAH
- PROJEK KELIP-KELIP
- BERCUTI LAGI DI CAMERON HIGHLAND
- PROJEK KOLAM IKAN
- AYAHANDA ACHIK MD SHAH BIN MANAP
- SELAMATKAN PALESTIN
- GAMBAG TUAN HAJI YUSRI WONG ABDULLAH
- PROJEK TANAM SERAI
- PROGRAM MENJEJAK KELIP-KELIP DI KG SG BULOH
-
►
2008
(19)
- ► December 2008 (9)
- ► October 2008 (1)
- ► August 2008 (9)
Thursday, January 22, 2009
Sunday, January 18, 2009
GAMBAR SEWAKTU KE CAMERON HIGHLAND PADA 1 - 4 JAN 2009
PROJEK KELIP-KELIP
______________________________________________
Thursday, January 15, 2009
BERCUTI LAGI DI CAMERON HIGHLAND
Cuti hari raya cina nanti, saya bercadng nak bawa Mak ke Cameron. Minggu lepas saya dah pergi dah..menag seronok tu yang nak bawa mak pergi sana. Benda yang seronok mestilah nak dikongsi dengan mak kaan.
Apa yang hairanya, senang pulak nak ajak mak pergi. Dia kata Cameron jer, dia terus nak. Dulu waktu arwah Abah ada. Ada juga dia sebut-sebut nak pergi ke sana tapi tak kesampaian. Mungkin mak nak sampaikan hajat abah kot...
Yang pergi nanti ialah Kita, Mahani, Lutfi, Mak, Bongmi dan Kak Ina. Kita dah booking Hotel dan juga Apartment. Kita ajak semua pergi mungkin ada macam-macam sebab, so tak da yang dapat ikut. Kalau ada yang nak pergi kita akan ambil apartment tapi kalau kita jer yang pergi ngan mak..kita duduk hotel lah..
Tarikhnya 24 - 26 Jan 2009. Kong Xi Fa Chai...
PROJEK KOLAM IKAN
Lama juga saya tak update blog saya ini, samapi pelawat tetap saya complain...jangan mara yerr..dan jangan jemu untuk melayari web saya ini.
28 Dis 2008 ~ Ulung Limah meninggal dunia..beliau meninggal di Hospital Universiti Kuala Lumpur dan bawa balik ke Kampung Sungai Buloh. Di kebumikan sebelum Zohor pada 29 Dis 2008. Saya sampai di Kg pada 29 Dis 2008 seawal Jam 7.30 pagi. Kami tidur semalam di Kg. Waktu petangnya, kami membantu memasak untuk kenduri Tahlil Arwah Ulung. Semoga Arwah di letakkan di kalangan orang-orang yang mendapat rahmat ALLAH.
29 Dis 2009 ~ bergerak balik ke Semenyih. Dapat berita Abng Yusri akan balik. Malam nya ambil Abng YUsri di KLIA dan terus bawa balik Ke Kg. Tidur satu malam di Kg.
30 Dis 2008 ~ Kenduri sambut Abng Yusri balik Haji dan pindah rumah Banch'k Sharom lebih kurang Jam 11.30 pagi. Kak Long korbankan seekor kambing. Kak Long memang baik hati dengan Abng Nasar. Tak kedekut...setiap kali kenduri ada sajer kambing yang dikorbankan. Malam bertolak balik ke Semenyih semula.
31 Dis 2008 ~ Kita bertolak sekeluarga pergi bercuti ke Cameron Highland...memang seronok...mahani pun seronok...lutfi apatah lagi...lama juga saya disana dari hari Rabu sampai Hari Ahad baru balik... pada perkiraan awal..saya akan balik pada hari Jumaat tapi mentua saya sekelarga nak datang..saya pun tunda lah balik.....malamnya saya bawa diaorang pergi makan Steambot...sdap juga...
Hari ahad baru kita balik...ada juga beli buah tangan untuk jiran-jiran..satu deret jiran saya semua saya beli kan buah tangan..buah tangan apa lagi..sayurlah..ada jagung, ada sayur sawi, lobak, kobis, buah straberry pun ada...nak ambil hati jiran lah katakan...Untuk kengkawan kat opis, kita beli limau satu pak..seronok makan dengan kawan-kawan kat opis..manis..segar lagi..ada daun kat buah..
Ok lahh...jumpa lagi lain kali yerrr
Thursday, January 8, 2009
AYAHANDA ACHIK MD SHAH BIN MANAP
Ini dalah gambar bapa saudara ku. Hanya seorang bapa saudara ku yang lelaki yang tinggal. Beliau adalah adik kepada Bonda Ku. Beliau juga adalah yang bongsu.
Achik Md. Shah adalah orang penting di dalam keluarga ku. Semua urusan atau keputusan, kami rujuk kepada beliau terutama urusan peminangan dan bertunang. Achik Md Shah adalah jurucakap bagi pihak keluarga kami.
Beliau tinggal di Kampung Sungai Buloh berdekatan dengan rumah bonda ku.
SELAMATKAN PALESTIN
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> > (Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah) Surah al fil:
Lipat gandakan doa ini. Kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain.. Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berbuat berdoa, kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orang...InsyaAllah akan ikut berdoa...
Wednesday, January 7, 2009
GAMBAG TUAN HAJI YUSRI WONG ABDULLAH
Ini Gambar Mekah...Insyallah kita akan sampai disini nanti
Ini geng bang Yusri lah agaknya yerrr
Tengah pakai Ihram nioeee
AMBOI SODAPNYO GULAI KAWAH NIHHH
Amboi Dato'. Sedapnya kambing golekkk
AIIII DATO' TENGOK AJER KERR...BERSIH JER PINGGAN TUUU...
Mmmm...merasa juga aku naik kapal terbanggg...sebelah tu kembar Abng Yusri la tu.. Yang sorang lagi tu kawan aku, dia kerja kat TNB ILSAS
Ini gambar kenangan waktu nak bertolak kat KLIA
Heee...heee...ini waktu tengah tunggu buah tak jatuhhh..kita berkelah dari pukul 6.00 ptg kat Tabung Haji, lepas tu sambung berkelah kat KLIA...tu Mak ngan Bangah. Aku tengah ambik gambar laa...Kami berkelah makan McD...Mula-mula saya sorang jer bersila atas lantai tu...Bangah Mak dan Abng Yusri control lagii..lepas tu ..mungkin lama sangat dan dah penat...apa lagi..sumer ikut aku bersila dan menikmati McD...tapi sekarang kita kena boikot Mcd Nie...sebab Rakyat Palestin...(bacalah surat Khabar) nanti tulis lebih-lebih, blog aku nie ke gam pulakkk...