DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Tuesday, January 6, 2009

PROJEK TANAM SERAI

7 Jan 2009 ~ Balik dri kerojerr aku dan Lutfi capai cangkul dan terus ke kobun..aku tanam lima rumpun serai lagii...minta-minta malam ini hujan...segar lah sikit pokok serai tu...Hari ini dapat awal sikit pergi kobun sobab aku dah sembahyang asar di pejabat...so balik-balik umahhh terus capai cangkul...Tadi kak Lang ada antar email kat aku..dia kata ambiklah gambar serai tu dan put in the blog, aku memang dah lama dah terpikir nak buat tu tapi bila poi kobun jerr..aku lupo bawak camera. Bukan apo...kobun tanah haram tu...bolom macam kobun laii..yo lah...sorai baru den tanam...tak do rupo macam nak idup yooorr...tapi atas pomintaan peminat orang yang molayari blog den ini, sudah pasti akan den tunaikkannn...Sobar yooo...

06 Jan 2009 ~ Tadi lepas balik kerja, kita tunggu azan maghrib lepas tu terus sembahyang. Sesudah sembahyang kita ambil cangkul dan bawa benih serai ke hujung taman tempat kita tinggal. Kita buat projek tanam serai.

Kita dah mula projek nie dari 15 Disember lagi. Puncanya kita nak tambah simen kat belakang rumah ni, so serai yang emak tanam tu dah besar. Kita cabut dan tak tahu nak buat apa, kita tanam balik kat hujung taman nie. Sekarang nie kita dah ada 52 rumpun (setakat 06012009). Kita nak tambah lagi nie, tapi kalau Majlis cabut pokok tu, apo nak buekk..kira macam kita ni meneroka tanah haram, jugak laa...

No comments: