DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Thursday, January 15, 2009

PROJEK KOLAM IKAN

Salam buat semua yang saya kasihi,

Lama juga saya tak update blog saya ini, samapi pelawat tetap saya complain...jangan mara yerr..dan jangan jemu untuk melayari web saya ini.

28 Dis 2008 ~ Ulung Limah meninggal dunia..beliau meninggal di Hospital Universiti Kuala Lumpur dan bawa balik ke Kampung Sungai Buloh. Di kebumikan sebelum Zohor pada 29 Dis 2008. Saya sampai di Kg pada 29 Dis 2008 seawal Jam 7.30 pagi. Kami tidur semalam di Kg. Waktu petangnya, kami membantu memasak untuk kenduri Tahlil Arwah Ulung. Semoga Arwah di letakkan di kalangan orang-orang yang mendapat rahmat ALLAH.


29 Dis 2009 ~ bergerak balik ke Semenyih. Dapat berita Abng Yusri akan balik. Malam nya ambil Abng YUsri di KLIA dan terus bawa balik Ke Kg. Tidur satu malam di Kg.

30 Dis 2008 ~ Kenduri sambut Abng Yusri balik Haji dan pindah rumah Banch'k Sharom lebih kurang Jam 11.30 pagi. Kak Long korbankan seekor kambing. Kak Long memang baik hati dengan Abng Nasar. Tak kedekut...setiap kali kenduri ada sajer kambing yang dikorbankan. Malam bertolak balik ke Semenyih semula.

31 Dis 2008 ~ Kita bertolak sekeluarga pergi bercuti ke Cameron Highland...memang seronok...mahani pun seronok...lutfi apatah lagi...lama juga saya disana dari hari Rabu sampai Hari Ahad baru balik... pada perkiraan awal..saya akan balik pada hari Jumaat tapi mentua saya sekelarga nak datang..saya pun tunda lah balik.....malamnya saya bawa diaorang pergi makan Steambot...sdap juga...

Hari ahad baru kita balik...ada juga beli buah tangan untuk jiran-jiran..satu deret jiran saya semua saya beli kan buah tangan..buah tangan apa lagi..sayurlah..ada jagung, ada sayur sawi, lobak, kobis, buah straberry pun ada...nak ambil hati jiran lah katakan...Untuk kengkawan kat opis, kita beli limau satu pak..seronok makan dengan kawan-kawan kat opis..manis..segar lagi..ada daun kat buah..

Ok lahh...jumpa lagi lain kali yerrr

No comments: