DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Thursday, April 23, 2009

PROJEK KELIP-KELIP PART 2

Notnek,

Nanti balik kg esok, kirim salam pada emak dan saudara mara, pesan pada mereka banchik minta maaf banyak-banyak kalau ada apa-apa kesalahan. Minta diaorang Doakan kita semoga terang hati nak jawap pekso dan doakan kita lulus.

Cuti SEMS nanti, kita nak sambung projek kelip-kelip untuk budak-budak di kampong. Tolong beritahu pada Iqbal, Ika, sharil, Shusada (kalau tak nangis) nak bawa mereka pergi tengok kelip-kelip kat Kat Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Yang lain-lain tu kechik lagi takut nangis pulak kalau ikut. Ramai sangat pun takut tak muat pulak kereta. Maklumat program seperti di bawah :-

Tarikh : 16 Mei 2009
Tempat : Kampung Kuantan, Kuala Selangor
Peserta : ABI, UMI, LUTFI, IQBAL, IKA, SHARIL, SHUSADA

Mungkin program ini tidur kat sana.

Ini adalah projek kedua rentetan dari projek saya yang saya postkan dalam blog ini pada Sunday, January 18, 2009.

Salam,

No comments: