DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Sunday, April 26, 2009

TOYOL

Baru-baru ini aku ada tengok cerita toyol dalam TV (Siri Keliwon). Dalam cerita itu mengisahkan seekor toyol yang dibela oleh Pak Abu. Pada mulanya toyol ini setia pada Pak Abu kerana toyol ini diberi makan darah, toyol ini selalu dibelai dan toyol ini selalu dimanja Pak Abu. Malah toyol ini menjadi mainan dan gurauan senda pada Pak Abu. Lama kelamaan, Pak Abu tidak lagi memberi toyol ini makan,tidak lagi menjaga kebajikan toyol ini. Ini membuatkan toyol ini rasa tertekan dan mula mengusik-ngusik dan mengacau penduduk kampung.

Apa yang saya nak ceritakan kat sini adalah manusia nie pun ada juga perangai macam toyol. Maknanya, perlu dijaga, dibelai dan dimanja. Kalau tak dijaga, itulah mula rohnya buat perkara yang tak seperti biasa dan diluar jangka malah perkara yang pelik-pelik dibuatnya. Kalau dulu dia peramah jadi pendiam, kalau dulu dia mesra jadi muram. Yang paling bahaya, dia mula mencari alternative yang lain.

Maknanya, formulanya mudah aja, berilah dia makan, dibelailah dia dan berilah dia dimanja. Pasti jiwa dan rohnya akan kembali tenteram.

Banyak yang boleh dipelajari disini....Jangan pula nak bela toyol..Harammmm

No comments: