DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Sunday, May 17, 2009

KELIP-KELIP KG KUANTAN, KUALA SELANGOR

16 MEI 2009 ~ Seperti yang saya janjikan kepada semua anak-anak ku bahawa akan membawa mereka untuk melihat KELIP-KELIP.

Nampak gayanya mereka semua gembira dengan program ini. Insyallah kita akan adakan lagi projek seumpama ini akan datang. Bila Dadidd... dah besar sikit. Sebab Dadidd tak ikut kami kerana kelasakannya...

Anak-anak aku yang pergi ialah Kak Long Ika, Bangah Iqbal, Kak Lang Nazirah, Sharil, Lutfi, Sharul.

Sebelum aku hantar diaorang sumer balik, kami singgah di Air terjun Sungai Tekala. Before that Umi diaorang tapaukan KFC. Sambil mandi aku suapkan diaorang semua dengan KFC.

Thursday, May 14, 2009

BIRTHDAY MAK UDA


Pada 5 Mei lepas, kami meraikan hari jadi untuk Mak Uda atau rohana Mohd Abdul rahman. Mak Uda adalah gelaran yang diberikan kepada beliau untuk anak-anak buahnya.

Pada majlis ringkas tersebut, kami makan malam bersama serta ada kek yang disponsor oleh Syarikat Kek Syarifah Azizah. Alhamduilillah. Hari jadi beliau yg keberapa tu kena tanya dia, sebab biasanya bab umur nie sensitif kan...sebelum itu kita baca sedikit doa agar kesejahteraan Arwah Abah, Kesejahteraan Mak di Kg dan Kesejahteraan Umi dan Abah yang juga hadir pada majlis tersebut. Seterusnya berdoa agar ALLAH murahkan rezeki kita semua serta orang yang diraikan. Semoga Mak Uda dicepatkan Jodoh serta mendapat seorang suami yang boleh memimpin keluarga serta memahami keluarga kami. Menyayangi keluarga kami. Memahami hati budi keluarga kami.

Ini ada aku kirimkan gambar tersebut yang diambil oleh Muhd Lutfi.

Semoga ALLAH murahkan rezeki Mak Uda dan dicepatkan jodohnya.

Salam.

Aktiviti Yg Sungguh Sibuk

Salam buat semua,

Hari ini rasanya sungguh sibuk. malah bukan hari ini sahaja. Cuba lihat jadual aku seminggu ini.

11 Mei 2009 - Isnin aku sibuk dengan persediaan tender. Petang pukul 4.00, aku balik kg kerana aku rindu sangat ngan mak aku yang dah lama aku tak jenguk. Sejak dari bulan Mac hinga semalam. Bagi aku itu adalah tempoh yang sudah sungguh cukup lama aku tak jenguk dia. Meamang aku selalu telefon dia tapi tak sama bila berjumpa. Walau pun perjumpaan aku dengan beliau hanya sekitar 4 jam sahaja. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat melihat wajahnya. Wajah seorang tua yang sangat kasih kepada anak-anaknya.

12 Mei 2009 - Selasa Aku jadi Juru Audit kat pejabat. Hari yang sungguh busy. Aku tak dapat nak buat kerja seharian kerana fokus kepada Audit. Pada sebelah malam aku sempat update gambar-gambar dalam blog aku. Perkara yang paling aku suka. Kira macam hobi la tuu...

13 Mei 2009 - Rabu Aku sambung audit lagi yang belum habis. Balik pejabat aku singgah ke kedai untuk beli air mineral bagi persediaan program aku ke Kg Kuantan (Projek Kelip-kelip pada 16 Mei 2009) dan juga perlawanan bola sepak antara YTN vs UNIKL esok. Pada sebelah malam sungguh kepenatan. Aku tidur awal malam nie.

14 Mei 2009 - Khamis Aku ada kursus bahasa inggeris. Kursus ini direka khas untuk staf pejabat aku untuk develop lagi bahasa inggeris kita semua. Tenaga pengajarnya datang dari Canada. Petang habis kerja aku pergi ke padang di ILSAS. Ada game hari ini. YTN/KSDR vs UNIKL. Tapi kalah 4-2. Tak pa yang penting perhubungan 2 hala yang sihat antara kami dengan UNIKL. Balik dah malam, singgah umah sembahyang Maghrib dan terus pergi makan kat D'tree. Western Food special. Chicken chop nya murah aja. RM 7.90.

Tuesday, May 12, 2009

GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN NOKNOT

Pada 04 Oktober 208 yang lepas, satu majlis pertunangan adik aku yang no. 14. Aku apungkan gambar-gambar sekitar pertungan beliau.

SIMPANG DURIAN, JELEBU, SEGERI SEMBILAN

Simpang Durian adalah sebuah pekan kecil. Ia adalah nadi bagi penduduk sekitar kawasan seperti Kg. Sungai Buloh, Kg, Jerang, Kg. Bemban, Kg. Lakai, Kg Juntai, Kg. Mentaus dan lain-lain kawasan lagi.

Simpang durian terletak sejauh 57 km dari pekan Karak atau 50 km dari pekan Kuala Pilah.

Pekan Simpang Durian menjadi tumpuan pendudsuk setempat kerana kemudahan asas yang lebih lengkap seperti pejabat pos, bank pertanian, klinik desa yang lengkap, Balai Polis dan banyak kedai-kedai yang boleh memenuhi keperluan seharian penduduk setempat.

GAMBAR ADIK-BERADIK KU

SALAM SEMUA SAUDARAKU,

Bersama ini aku apungkan gambar-gambar semua adik-beradik ku. Selepas pada ini, aku akan apungkan pula gambar setiap adik-beradikku beserta keluarga.

Sekian dan salam,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

HARI IBU BUAT ZALEHA MANAP

AKU APUNGKAN SEMULA CATATAN BUAT BONDA KU YANG TELAH AKU POSTKAN PADA 30 APR 2009 YANG LALU.

Buat Bonda Tersayang,

Apabila baru lahirnya aku hingga aku ke usia ini, aku masih tidak lagi puas untuk berada di bawah ketiak ibu ku. Walau sesedap mana jualah makanan di hotel-hotel lima bintang dan restoran terkemuka yang aku pernah aku hadiri, tidak pula pernah aku merinduinya pabila sudah lama tidak aku makan.

Namun masakan air tangan ibu ku jualah yang menjadi ingatan. Sajian air tangan ibu ku lah yang paling sedap, walaupun menu yang disediakan hanyalah sekadar ikan goreng dicampur dengan daun kucai.

Menu itu salah satu dari beribu menu yang bonda aku masakkan pada ketika aku masih kecil, bersekolah dan sehingga kini. Aku masih ingat pada ketika itu setiap pagi, sudah pasti makanan kegemaran ku "kodok tepung" (cekodok)akan tersedia. Aku akui hanya menu itu sahajalah yang mampu ibuku sediakan bagi membesarkan aku, namun itulah makanan yang aku tidak dapat lupakan hingga kini.

Salam buat ibuku yang tersayang,

SELAMAT HARI IBU SEMALAM, HARI INI DAN HARI YANG MENDATANG. SEMOGA BONDA MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH S.W.T.

BONDA KU,

Kau ibarat cahaya. Cahaya itu adalah satu keperluan bagi setiap insan seperti ku. Cahaya mu aku perlukan disiang hari, lebih-lebih lagi cahaya mu di malam hari. Begitulah aku, sentiasa aku merindui mu. Semoga bonda mendapat rahmat dari ALLAH S.W.T.
Pohon bonda halalkan makan dan minum ku dari air susu bonda sehingga kini. Air tangan mu jualah yang aku rindui.