DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Thursday, August 13, 2009

SALAM BUAT PELAYAR DARI PENANG

Salam buat pelayar dari Penang. Hang selalu masuk cheeek punyo blog noo...

Tapi Cheeekk dah lamo tak update cheeekk punya blog.. tapi hang masih setia juga noo... terima kasih atas sokongan tu...

Saturday, July 11, 2009

KENALI AHLI PARLIMEN JELEBU

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim (born 15 April 1942) is the current Malaysian Information, Communications, and Culture Minister. His ministry is considered a new ministry formed from the merger of three separate ministries in Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's smaller cabinet.
He is also a Member of Parliament from the United Malays National Organisation (UMNO), the leading party in the ruling coalition of Barisan Nasional.
Rais was born in Jelebu, Negeri Sembilan. He is a lawyer by profession. Rais has held various positions in the national cabinet and other state government positions. He had been appointed a Minister in the Prime Minister's Department, Menteri Besar of Negeri Sembilan (1978 - 1982), Minister of Land and Regional Development (1982-1984), Minister of Information (1984-1986) and Foreign Minister (1986-1987). Foreign Minister on March 18, 2008 until April 9, 2009.


Rais Yatim is married to Datin Seri Utama Masnah Rais and has four children.

KELAS BERMULA LAGI

Yahooo.... kelas bermula lagi. Waktu untuk aku berehat sudah tamat. Dalam waktu cuti sems nie, banyak juga yang aku dapat buat. Puas hati, tapi tu semua akan aku kurangkan demi meneruskan sesi pengajian.
Aku ingin mengucapkan tahniah kepada diri aku. Semoga berjaya. Jangan lupa your target untuk mendapat anugerah dekan sems ini.
Yahooo.. yehaa.. yendraa... yendraaa...

KUCING YANG TAAT

Tadi ada terima email dari kawan kisah seekor kucing. Terus saya teringat sewaktu sekolah rendah dahulu, setiap petang akan pergi ke perpustakan untuk membaca buku. Selalunya yang menjadi pilihanku ialah buku cerita.

Salah satu buku cerita tu mengisahkan cerita seekor kucing yang sangat taat.

Macam nie ceritanya :-

Angin pun bertiup sungguh sangat dingin. Tapi kedua suami isteri yang tinggal di sebuah rumah kecil itu berkeinginan betul hendak keluar juga. Kerana ibu si suami itu dalam keadaan sakit tenat, mungkin hanya tinggal menunggu waktu saja. Hanya yang sangat merisaukan hati mereka, bagaimana dengan anaknya Harun, anak mereka yang baru saja berumur empat bulan. Kalau diajak pergi takut masuk angin dan dapat berakibat sakit. Bagaimana Aminah, kita bawa saja Harun? Tanya si suami.
Ah, abang, janganlah berfikir yang bukan-bukan, kata isterinya yang cantik dan manis itu. kan ada Hurairah (kucing) di rumah. Dia saja kita suruh menjaga Harun. Kata si isteri. Betul juga, mengapa aku tidak ingat pada si Hurairah. Balas suaminya dengan gembira.

Meong.... teriaknya kemudian. Maka terdengarlah suara Hurairah membalas suara tuannya itu. Lalu dengan langkah-langkah kecil dia mendekati tuannya.

Wahai Hurairah, malam ini engkau tidak usah menjaga lumbung padi dari dimakan oleh tikus-tikus, kami berdua mahu pergi, oleh kerana itu jagalah si Harun, kata si suami.

Kucing yang cantik itu mengeong sambil mengibas-ngibaskan ekornya. Kalau boleh berkata dia akan menjawab: Jangan bimbang tuan, saya akan menunggu dan menjaga si Harun supaya ia tertidur dengan nyenyak. Tidak akan saya izinkan seekor nyamuk pun hinggap di tubuhnya.

Setelah berpesan begitu, maka pasangan suami dan isteri itu pun berangkat dengan perasaan lega. Mereka tahu bahawa Hurairah akan melakukan pekerjaannya dengan baik, sebab dia adalah seekor kucing yang sangat setia dengan majikannya.

Setelah melihat majikannya sudah pergi, maka Hurairah dengan cepat dan diam-diam melompat ke atas tempat tidur. Ia duduk di sebelah si Harun yang tengah mendengkur dengan nyenyaknya. Ekornya dikibas-kibaskannya agar tidak seekor nyamuk pun yang berani mengganggunya. Matanya dengan tajam mengawasi sekelilingnya, sementara kedua kaki depannya siap mencakarkan kukunya kepada siapa saja yang berniat untuk mengusik ketenangan majikan kecilnya.

Menjelang pukul sepuluh malam, tiba-tiba kucing itu mendengar bunyi mendesis dari bawah tempat tidur. Dengan secepat mungkin Hurairah memasang kuda-kuda serta siap untuk menghadapi segala kemungkinan. Matanya tiba-tiba terbeliak terkejut dan marah, ketika melihat sebuah mulut yang ternganga dengan taring dan lidah yang menjulur panjang. Rupanya dia adalah seekor ular besar yang sudah siap untuk menelan Harun yang masih kecil itu.

Dengan cepat Hurairah melompat, giginya langsung masuk menghunjam ke leher ular tersebut, dan cakarnya menyerang dengan buas. Ular itu murka kerana niatnya dihalang-halangi oleh makhluk lain. Matanya merah seperti besi terbakar. Dia membalas menyerang dengan hebat. Badan Hurairah dibelit dengan kuat, sambil mulutnya mematuk-matuk muka Hurairah.

Hurairah hampir kehabisan tenaga, kerana dibelit oleh ular besar itu, manakala mukanya pun telah berlumuran darah. Namun dia tidak mahu binasa sebelum dapat membunuh ular tersebut. Dengan segala kemampuan dan kesakitannya, ia berusaha untuk menyelamatkan nyawa anak tersayang kedua majikannya itu. Akhirnya ia berhasil melepaskan diri, lalu dengan cepat menerkam leher ular itu. Digigitnya batang leher makhluk jahat tersebut sekuat tenaga sehingga akhirnya matilah musuhnya itu.

Begitu dilihatnya binatang pengganggu itu sudah tergolek kaku, barulah Hurairah dengan sisa-sisa tenaganya naik lagi ke atas tempat tidur si Harun dan duduk semula di samping si Harun. Anak kecil itu masih tertidur dengan nyenyak. Hurairah menjilat-jilat lukanya, sementara rasa pedih dan letih terasa sekujur badannya. Mulutnya masih penuh dengan darah ular tadi, sedangkan pada mukanya terdapat luka-luka yang menganga.
Belum pulih lagi tenaganya, akan tetapi secara tiba-tiba dia mendengar suara majikannya di halaman rumah. Dengan gerakan yang lemah dan lunglai, Hurairah turun dari tempat tidur. Perlahan-lahan ia berjalan menuju ke pintu, menyambut kedatangan kedua majikannya yang sangat dicintainya itu. Dilihatnya ibu Harun berjalan menunduk sambil terisak-isak. Bapanya pula terlihat sangat sedih. Hurairah pun ikut berdukacita memperhatikannya.

Mereka berbimbingan tangan memasuki halaman rumah. Ketika mereka tiba di depan pintu, Hurairah berbunyi lembut: Ngeong...., ngeong...., sambil terhuyung-huyung mendekati majikannya.
Tiba-tiba saja ibu Harun menjerit, Bang....! Harun bang....!

Suaminya terperanjat tapi tidak mengerti, Mengapa Harun Aminah? Tanya suaminya.
Lihatlah si Hurairah, mulutnya berlumuran darah. Pasti anak kita telah diterkam dan dibunuhnya. Oh, Harun.... anak kita, bang. Bunuh Hurairah, bang! Ia telah memakan anak kita! Kata si isteri.
Si suami baru tahu apa yang dimaksudkan oleh isterinya. Betul! Mulut Hurairah penuh dengan darah segar, pasti Harun telah diterkamnya.

Tanpa berfikir panjang, si suami lalu mengambil besi. Dengan penuh kemurkaan lalu dipukulnya benda keras itu ke tubuh si Hurairah. Kucing itu menjerit; ngeong.... Lelaki itu bertambah marahnya lagi, lalu diambilnya pula sebuah batu, ditimpakannya ke kepala Hurairah.

Maka bercucuranlah darah dari kepala binatang yang tidak berdosa itu. Badannya terkejang-kejang. Dari matanya mengeluarkan air mata yang jernih satu-satu. Setelah mengeong untuk terakhir kalinya, kucing yang cantik itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Melihat korbannya sudah mati, maka pasangan suami isteri itu terburu-buru masuk ke bilik. Alangkah terkejutnya mereka ketika melihat suasana bilik itu. Yang nampak pertama kali di depan pintu adalah bangkai seekor ular besar yang hampir putus lehernya. Maka dengan hati berdebar-debar mereka berlari ke tempat tidur. Ternyata anaknya Harun masih tetap dalam keadaan tertidur nyenyak.

Barulah mereka dapat meneka apa yang telah terjadi selama mereka tidak berada di rumah tadi. Bukan Hurairah yang bersalah, ternyata kucing itu telah berjuang mati-matian untuk menyelamatkan anak mereka. Seketika itu juga pucatlah wajah mereka. Mereka menyesal berkepanjangan. Ternyata Hurairah adalah kucing yang tetap setia. Dia tidak mempedulikan keselamatan dirinya asalkan tugas yang dipercayakan kepadanya ditunaikannya. Kalau perlu dirinya sendiri menjadi korban untuk menyelamatkan nyawa majikan kecilnya. Namun balasan yang diterimanya bukan belaian kasih sayang dan terima kasih, akan tetapi nyawanya dihabiskan dengan penuh kekejaman.

Suami isteri itu menangis tersedu-sedu menyesali kesalahannya, ia bertaubat kepada Allah SWT serta berjanji untuk tidak lagi berbuat semena-mena terhadap binatang yang tidak berdosa, tanpa periksa terlebih dahulu. Bangkai Hurairah diangkat dan diciumnya, tapi yang sudah pergi tidak akan kembali, dan penyesalan mereka juga sudah tidak bererti, kerana yang sudah mati itu tidak akan hidup lagi. Cuma sebagai pedoman atau pengajaran buat masa yang akan datang.

Thursday, June 25, 2009

NUR ALYA ZAHRA MOHD WANDI


Salam Buat Semua,

Sukacita dimaklumkan bahawa Adinda saya, Puan Ruzila binti Mohd Abdul Rahman telah selamat melahirkan seorang puteri pada 23 Jun 2009, jam 12.22 malam.

Puteri yang diberi nama Nur Alya Zahra binti Mohd Wandi (Nur Erwandy - pembetulan) telah melihat dunnia ciptaan ALLAH ini dengan beratnya 2 kg.

Tahniah dari saya untuk Cikgu Ruzila dan juga Wandi.

Saya tak dapat nak download gambar Nur Alya Zahra kerana sebab-sebab teknikal. Sekiranya ada sesiapa yang ada gambar tersebut, sila email kepada saya dialamat hassimjelebu@gmail.com

Saya juga difahamkan, puteri ini akan mencemar diri untuk pulang kekampung berjumpa dengan Nendanya pada hari Ahad 28 Jun 2009 nanti di Kg Sg Buloh.

Semoga berjumpa disana dan semoga Puteri menjadi anak yang soleh.

SALAM,

Monday, June 22, 2009

SELAMAT HARI BAPA




21 JUN 2009 ~ Adalah hari bapa. Semua orang menyambut hari bapa. Memanglah hari bapa ini disambut setiap hari, tetapi tidak salah kita mengingati hari bapa sempena Hari Bapa pada 21 Jun 2009.

Walau bagaimanpun, hanya ALFATIHAH yang dapat aku hadiahkan buat ayahanda ku. Sesungguhnya telah aku ceritakan sebelum ini bahawa ALLAHYARHAM AYAHANDA KU MOHD. ABDUL RAHMAN BIN CHUBOI TELAH PERGI MENEMUI PENCIPTANYA PADA 28 JUN 2007, JAM 7.30 PM (HARI KHAMIS MALAM JUMAAT) DIKALA UMURNYA 67 TAHUN.


AL-FATIHAH. YA ALLAH AMPUNILAH DOSA AYAHANDA KU, KAU LETAKKANLAH AYAHANDA KU DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN. KAU MASUKKANLAH AYAHANDA KU KEDALAM SYURGA MU DENGAN RAHMAT MU YA ALLAH.

Kepada kalian yang datang ke blog aku, sayangilah bapamu, ambillah peluang untuk sentiasa bersamanya.

Salam dari,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

AHLAN WA SAHLAN REJAB...


Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini..........


BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."


Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"


Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."



p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

1. Waktu Muda sblm Tua

2. Waktu Sihat sblm Sakit

3. Waktu Lapang sblm Sibuk

4. Waktu Kaya sblm Miskin

5. Waktu Hidup sblm Mati

Insyaallah..mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.