DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Monday, December 7, 2009

MAIN BOWLING DENGAN ANIS DI METRO POINT

Mama dengan muka macam pro nya tetapi kalah dengan bergaya sekali...
Kalau dah macam nie, agak-agak kalah ker menang, lu pikir la sendiri...
Jangan lah Abng Long Strike, nanti kalah la Anis (agaknya itulah Anis fikir.. hee..hee..) jgn mare ye Anis abng Long gurau jer...
Ini markah Lutfi... 78 kira orait la tu...
Lutfi nak main lagi la Abi... sudah-sudah tadi kata lapar Jom kita makan Sate Kajang...

Ini adik ada suka makan Air batu.....
Apa nak buat saya kalah dalam siri pertama... markah teruk tak sampai 100 pun.. jura nya adalah Anis.. nampak jer lembut budak nih.. tapi power juga resultnya... Juara longkang...lu pikir la sendiri sapaerrr...

Second game... markan sya dah naik dan menjadi juara pada siri kedua...Anis jatuh mendadak dari tempat pertama ke tempat ketiga. Tempat kedua telah dirampas oleh Mama @ Punai @ Umi Chikk...Itu pun setelah Punai @ mama @ Umi Chiikk telah mensabotaj pemain bernama Long..... tentang Juara longkang, wa malas nak komen.. lu pikir la sendiri...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baru sebentar tadi aku sekeluarga pergi main bowling di Ampang Bowl, Metro point.

Anis juga ada sekali. Antara yang hadir ialah Saya, Mahani, Lutfi, Anis, Umi Ana dan Mama.

Dalam pusingan pertama nampaknya Anis menjadi juara secara keseluruhan dengan mendapat markah sebanyak 114, manakala saya hanya berjaya mendapat markah sebanyak 99 sahaja. Manakala Juara Longkang diterajui oleh .................... (sila isi tempat kosong berdasarkan gambar diberi diatas... hee..hee)


Manakala pada pusingan kedua, saya kembali merampas takhta tetapi Anis telah kecundang dengan meraih tempat ketiga, makala Punai @ Mama @ Umi Chiiikk telah merangkul tempat kedua...
Adiosss......

KG SG BULOH DILANDA BANJIR

Lihatlah bagaimana mereka ini begitu kusyuk tengah menangkap ikan..
Lajunya air ini...

Along tolong Lutfi Along.. tolongg...
Lipan air tengah berenang-renang kegembiraan.. kalau digigit aduh sakitnya...
Tu nampak tak rumah tu, itulah rumah bonda aku..
Wah banyak air... sungguh laju dan kuat sekali air ini mengalir...
Tikus-tikus kesejukan
Along Syafiq sedang membuat lawatan dengan saya... Along sebagai pemandu arah saya pada hari tersebut...


Lebar senyumnya dapat main Air..
Didalam air ini ada padi yang sedang masak ranum sedia untuk dituai...


Sawak ker laut nini.. inilah sawah yang dinaiki air...
Tu gambar orang Kg nak pergi menangkap ikan...


Lagi peserta turun untuk menangkap hasil ikan sungai...

Tak peronah dio nie dapek main macam nie.. tu yang sonyum sampai pangkal tolingo sobab kogombioraan....


Jambatan buloh yang kami gunakan untuk menyeberangi parit (Bondar@Bandar) dibelakang rumah bonda ku
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sewaktu pulang ke Kg baru-baru ini iaitu pada waktu kematian Ibduk Lisam (3 Dis 2009) Kg Sg Buloh telah dilanda Banjir.
Hasil tinjauan saya, banyak kerosakan tanaman (padi) berlaku. Padi-padi ini yang sepatutnya mula dituai terpaksa ditunda kerana musim hujan dan banjir.

Kasihan saya melihat para petani yang ditimpa musibah ini. Modal sudah banyak keluar tetapi hasilnya ditimpa musibah. Mungkin ada hikmah disebalik ujian yang ALLAH Berikan ini.

Sesungguhnya ALLAH tidak akan menguji hambanya sekiranya hambanya itu tidak mampu diuji.

Disamping ujian ini, Penduduk Kg Sg Buloh juga mendapat faedah sampingan. Pada musim ada juga faedah yang diperolehi. Kepada yang rajin, waktu begini banyak ikan-ikan mula naik.. Boleh menangkap ikan dengan menjala, menapuk atau memasang jaring.

Hasilnya pasti lumayan...

LISAM BINTI MANAP (INDUK LISAM) DALAM KENANGAN

Ini gambar mak, Kak yai tengah makan dengan anak-anak
Mak tih dengan menantunya.

Ketika bacaan talkin di Tanah Perkuburan Islam Kg Sg Buloh..
Antara yang hadir mengiringi Jenazah... Khemah ini di sponsor oleh Syarikat Kedai Runcit Tabung Keluarga...



Lagi gambar saudara mara yang hadir

Ini gambar sewaktu Induk tengah sihat, saya sempat merakamkan gambar beliau sewaktu berkunjung kerumah beliau tempohari...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3 Dis 2009, 5.00 pagi.. DARI ALLAH KITA DATANG, MAKA KEPADA DIA JUALAH KITA PERGI.

Dukacita dimaklumkan bahawa Induk Lisam (LISAM BINTI MANAP), kekanda kepada Bonda saya telah pergi menemui penciptanya. Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi Induk Lisam.

Banyak kenangan antara saya dengan Induk Lisam dari kecil hinga saya dewasa. Kali akhir saya berjumpa beliau ialah minggu yang lalu dimana saya ziarah beliau ketika di Hospital Seremban. Semoga ALLAH memelihara Roh Allahyarham, semoga ALLAH merahmati Roh Allahyarham, semoga ALLAH meletakkan Induk Lisam di tempat orang-orang yang beriman.
Insyallah, Jenazah akan dibawa pulang kekampung setelah semua dokumentasi dengan Pihak Hospital Seremban selesai.
AL-FATIHAH... (Baca hingga akhir).

Sunday, December 6, 2009

Saturday, December 5, 2009

BUAT DODOI DAN BAKAR SATE...




28-11-2009 ~ Wah bestnya, kami semua berkumpul di Kampung Sg Buloh Nan Jauh Disana. Kami buat dodol untuk makan penghanan cair.. bestnya...




29-11-2009 ~ Saya buat sate dan bakar sate di Rumah Kajang.. nie gambar nya...seperti kat atas...Kebetulan Makwe pun ada sekali.. dapatlah dia merasa....

Sate saya sedap.. bebb...Kalah Rasa sate Kajang... Perrhhh

Monday, November 30, 2009

Penduduk tertanya-tanya gempa di Kuala Pilah



Salhan K Ahmad Nov 30, 09 11:21am

kemaskini 8.49pm Penduduk tempatan Kuala Pilah, Negeri Sembilan masih tertanya-tanya sama ada gempa bumi lemah yang dilaporkan berlaku di daerah itu benar-benar terjadi.Seorang penduduk Abd Karim Manan berkata, beliau tidak merasai apa-apa gegaran kesan daripada kejadian tersebut."Saya pada masa itu pun belum tidur lagi," katanya kepada Malaysiakini ketika diminta menceritakan laporan gempa berukuran 3.3 pada skala Richter yang dilaporkan di daerah tersebut awal pagi ini.
Laporan Bernama, yang memetik kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia itu menyebut, gempa bumi berkenaan berlaku pada jam 12.15 pagi, berpusat di 22km timur Seremban.Abd Karim, yang berada di Kuala Pilah malam tadi, menjelaskan beliau juga tidak mendengar apa-apa laporan berita berkaitan kejadian itu.
Seorang pemimpin parti politik tempatan juga tidak dapat mengesahkan kejadian tersebut, malah tidak mengetahui langsung kejadian tersebut hinggalah dihubungi wartawan petang ini."Kalau ada, inilah kejadian pertama yang berlaku di Kuala Pilah, tapi kita tidak boleh pastikan ada atau tidak ada," katanya.Beliau, yang enggan namanya disebut, bagaimanapun mengakui kejadian gempa bumi itu diperkatakan oleh masyarakat apabila beliau melakukan tinjauan rambang."Saya sudah tanya ramai ketua kampung dari Seremban sampai Kuala Pilah, tapi semuanya kata tidak ada (berlaku)," katanya."Tapi ada yang kata (berlaku) di Senawang, kita pun tidak boleh pastikan perkara sebenar.
Ini semua khabar-khabar angin sahaja."Gegaran akibat gempa bumi itu dapat dirasai oleh penduduk di kawasan berkenaan, bagaimanapun, orang ramai tidak perlu berasa bimbang kerana gegaran itu adalah lemah, menurut kenyataan terbaru Jabatan Meteorologi Malaysia.Empat gempa bumi itu berlaku di lokasi sama sejak kejadian pertama 2.30 petang semalam.Hari ini, sebanyak tiga kejadian gempa bumi direkodkan oleh Jabatan Meteorologi yang berlaku pada pukul 12.15 tengah malam tadi, 9.10 pagi dan 2.30 petang ini.Sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garisan gempa bumi di Bentong di Pahang.
Tiga lagi gempa bumi itu di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).Pengarah jabatan itu Dr Rosaidi Che Abas dilaporkan berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas, sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong.Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter.Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang.
Sumber :- Malaysia Kini

Gempa bumi lemah di Kuala Pilah

Gempa bumi lemah di Kuala Pilah

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan awal pagi ini.Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, gempa bumi itu berlaku pada 12.15 pagi dan berpusat di 22km timur Seremban.Bagaimanapun, tiada gegaran dirasai akibat gempa bumi itu, menurut kenyataan itu. - Bernama My Metro Online 30 November 2009.
Ya allah, sudah tua benar bumi kita ini... tidak pernah berlaku gempa di Kuala pilah tetapi kini ianya sudah berlaku.. sudah pasti akan ada berlaku gempa kedua dan ketiga...
Ya allah, selamatkanlah kami....