DOA KU
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.
Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.
Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.
Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.
Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.
ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,
AMIN....
RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT
SILA KLIK DISINI UNTUK BACA
-
►
2023
(2)
- ► October 2023 (1)
- ► January 2023 (1)
-
►
2019
(2)
- ► February 2019 (1)
- ► January 2019 (1)
-
►
2018
(2)
- ► December 2018 (1)
- ► January 2018 (1)
-
►
2017
(2)
- ► December 2017 (2)
-
►
2015
(6)
- ► October 2015 (1)
- ► August 2015 (1)
- ► January 2015 (4)
-
►
2014
(8)
- ► December 2014 (3)
- ► February 2014 (3)
-
►
2013
(2)
- ► December 2013 (1)
- ► March 2013 (1)
-
►
2010
(23)
- ► September 2010 (2)
- ► April 2010 (1)
- ► March 2010 (9)
- ► February 2010 (1)
- ► January 2010 (10)
-
►
2009
(120)
- ► December 2009 (20)
- ► November 2009 (6)
- ► October 2009 (3)
- ► September 2009 (2)
- ► August 2009 (15)
- ► April 2009 (4)
- ► March 2009 (12)
- ► February 2009 (4)
- ► January 2009 (12)
-
▼
2008
(19)
- ▼ December 2008 (9)
- ► October 2008 (1)
- ► August 2008 (9)
Tuesday, December 30, 2008
JADUAL ABANG YUSRI BALIK HAJI
Salam Buat Semua,
Kemungkinan jadual abng Yusri balik adalah seperti di bawah :-
Tarikh : 31 Oktober 2008
Masa : 10.00 Malam waktu malaysia
Insyallah, Banchik akan ambil dia di KLIA dan bawa balik ke kampung sebelum beliau dijadual balik ke Kulim hari keesokannya.
Monday, December 22, 2008
Kenangan Dengan Adik-Beradik
Kalau ada cerita dan kenangan manis dengan adik beradik, sila masukkan kat komen tu..so bolehlah kita bukukann..
RUMAH BARU BANCHE'K SHAHROM
Lupa pulak, hari tu kita dah ambil gambar rumah baru Banche'k Sharom. Dia sekarang dalam peralihan pesara Askar. So, dia ambil keputusan untuk duduk di Kampung sahaja.
Dia beli tanah tu dengan harga RM 18,000.00. Besar juga rumahnya. Belanja buat rumah rasanya RM 70-80 ribu. Budget mula RM 60,000.00 tapi biasalah buat rumah, ada sahaja yang ditambahnya.
Alamat rumah dia :-SHAHROM MOHD ABDUL RAHMAN, Belakang Rumah Achik Md Shah, Tanah Banjir, Jalan Padi Malinja..hee...heee..saya pun tak tahu...
Sunday, December 21, 2008
BERSANTAI DIHUJUNG MINGGU
Monday, December 15, 2008
PESAN ABAH
Dirumah Itu,
Di suatu hari, abah yang nampak ceria, tapi jauh di mata hatinya ada sesuatu yang disembunyi.. Abah sering berkata, bawalah ia untuk berjumpa sanak saudara serta kenalan lama, Aku cukup gembira serta dengan rasa bangganya aku membawa beliau berjumpa rakan dan sanak saudara, aku bawa berjumpa beliau dengan rakannya yang sudah 40 tahun tidak berjumpa... Gembira aku tu hanya sementara rupanya...
Di Rumah itu….
Suatu Hari Ayah Berkata..jaga lah adik-adik MU, Abah juga memanjngkan pujian kepada salah seorang daripada Kekandaku yang dulu selalu Abah marahi, katanya walaupun dahulu dia selalu marah kekanda ku itu tetapi kekanda ku itu tidak pernah melawan...sesunguhnya Abh tak pernah tidak sayang pada anak-anaknya...
Dirumah itu,
Jaga Adik Mu....Katanya Ayah kan Pergi Jauh..Aku tak pasti..ku biarkan ia berlalu... Aku tidak merayu Pada Ayah..Aku tidak kata pada abah jangan Tinggalkan kami...Aku tak kata pada abah "Kami Sayangkan Abah..."walaupun aku selalu mencium dahi abah tapi aku tak pernah luahkan AKU SAYANG ABAH...
Di Rumah Itu,
Wahai adik-adik ku, dengarlah nasihat Ayah itu, dengarlah cakap ku, dengarlah cakap ibu, dengarlah cakap kekanda mu..
Wahai kekanda semua, dengarlah rintihan hati adik-adik, bersatulah..teruskan bersatu...bersatu di bawah lembayung rahmat ALLAH...
Wahai Kekanda dan Adinda Iparku, sokonglah kami, fahamilah kami..sayangilah kami, sayangilah keluarga kami...
Di Rumah Itu,
Wahai Abangku.. Ke Mana Ayah..Ku Sayang Ayah.. Ku Cinta Ayah..
Ku Sayang Ayah..2xDuhai Adik Ku..bacakanlah ALFATIHAH UNTUK ABAH...
Di Rumah Itu,
Jangan Bersedih wahai adikku...bacaan Alfatihah mu lebih berharga dari wang ringgit untuk ABAH...ABAH KITA telah pergi Menyambut Seruan Ilahi..
Tapi Ingatlah Adik Ku..Pesanan ABah, jagalah maruah keluarga, jagalah persahabatan keluarga...jagalah nama keluarga Walau Di Mana Jua..
Pada Mu ALLAH Aku Bermohon Dosa Ayahku..Minta Di Ampunkan, Ku Iringi Doa, Rahmati Dia..Tempatkan lah Ayahku..Bersama Kekasih Mu..
Di Rumah itu, Abah meminta sebatang pen dan sekeping kertas. Abah meminta dengan menggunakan bahasa isyarat... Abah mula menulis, ku amti tulisan itu...Abah meloretkan perkataan selamat tinggal sehari sebelum dia pergi...
waktu itu kami tak tahu apa-apa yang dimaksudkan...Ku biarkan ianya berlalu..Rupanya itulah tanda untuk Abah pergi... ABAH sudah tahu bahawa dia sudah bersedia untuk melepaskan tanggungjawabnya kepada Kekanda-Kekanda Mu untuk menjaga adik-adik mu.... abah pergi malam esoknya...
Wahai semua Kekanda dan Adinda, dengarlah rintihan kekanda dan adinda mu...
Ku sayang Abah, Aku Cinta Abah...Doakan lah Alfatihah...
Di Rumah Itu,
Kini tinggal Mak yang teruskan perjuangan Abah...sayangilah dia...
ALFATIHAH UNTUK ABAH
SALAM DARI,
HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN
p/S : Kalau sesiapa yang baca ruangan ini, tolonglah print dan berilah kepada Kekanda dan Adinda mu yang tidak berkesempatan untuk membaca blog ini...
SEWA CANOPY DAN KHEMAH KENDURI
KEMPEN TABUNG UMRAH EMAK (TUM)
Seperti semua sedia maklum, satu kempen tabung umrah khas untuk emak atau nama singkatannya TUM (Kak tam punya idea nih) telah pun dilancarkan. Bagi sesiapa yang sudi untuk menyumbang tabung umrah untuk emak, bolehlah bank in kan ke akaun di GIRO 0510141000023170 atas nama Rashidah Mohd Abdul Rahman (Kak Tam selaku Bendahari).
Bagi yang sumbang secara tunai, bolehlah diberikan kepada kak Tam...
Ingat ini adalah rahsia sebagai hadiah untuk emak ke tanah suci...Insyaallah mungkin bulan Mei 2009.
Setiap sumbangan walaupun seringgit yang penting ikhlas...
Salam
Banchik