DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Wednesday, December 9, 2009

MEE TARIK OR LAH MIEN

We are in one family
Business our is only start at 5.00 p.m and close at 10.00 p.m.
This is Imam Yusof, tak tahulah pulak dari mana, Orang Malaysia Kot...
Ini menu kedai dia... ada macam-macam pilihan goreng-goreng ala masakan cina
Harga yang berpatutan


Tengah makan lerrr

Mee tarik masak kicap...

Kueh tiaw Kungfu

Tengok nih, dia tengah tunjuk skill kat saya

Dah mula nak jadi sikit-sikit
Baru nak mula, dia bulat kan dulu tepung tu...
Ini dia tengah tarik-tarik mee tu...tu yang tak nampak..maklumlah amik pakai HP.. tak jelas sangat
Kan tengok..macam special jerr...

Lagi dia tarik-tarik... hooo..hoo.. hoo

Haa tu jadik mee kan...tarik lagiii


Iaahh... tunjuk skill lagi...


Tadi lepas balik kerja, kami sekeluarga makan dekat Kajang. Kedai nie baru dibuka 01 November 2009 yang lalu.

Apa yang spesial nya? Mmmm you all pernah tengok cerita Cina tak yang makan Mee kat tepi-tepi jalan tu? Perasan tak macamana mereka buat Mee tu hanya guna tangan kan... Inilah namanya mee tarik @ Lah Mien dalam Bahasa Mandarin.

Aku dapat tahu kedai ini daripada Pak Cik aku. So aku pun nak cubalah... Mmm sedap beb... Mee dia sungguh lembut...

Sempat juga aku berbual dengan tukang buat mee tu, apa lagi guna kan pengetahuan Bahasa Mandarin yang aku belajar dari UiTM tu lah... sepatah dua aja... lebih-lebih tak tahu nak jawap.

Tukang buat Mee tu namanya Ali Han dan yang tukang rebus mee tu namanya Imam yusoff. Aku tanya Ali Han dalam bahasa Mandarin ( Ni Chu Chai?) dia jawap Beijing...

Menurut kakak (orang melayu kita) yang amik order tu, mereka ini dibawa kesini oleh Persatuan cina Muslim Malaysia.

So, kalau nak cuba bolehlah pergi kekedai ini.... cara nak pergi kedai ini ialah berhadapan dengan Hospital Sentosa tapi ke depan sedikit...dalam 300 meter, Kalau dari Kajang Ke Highway sebelah kiri. Berada dicelah kedai Perabot second hand dan kedai jual kereta... carilah yaa...
Selamat menjamu seleraaa....

Monday, December 7, 2009

MAIN BOWLING DENGAN ANIS DI METRO POINT

Mama dengan muka macam pro nya tetapi kalah dengan bergaya sekali...
Kalau dah macam nie, agak-agak kalah ker menang, lu pikir la sendiri...
Jangan lah Abng Long Strike, nanti kalah la Anis (agaknya itulah Anis fikir.. hee..hee..) jgn mare ye Anis abng Long gurau jer...
Ini markah Lutfi... 78 kira orait la tu...
Lutfi nak main lagi la Abi... sudah-sudah tadi kata lapar Jom kita makan Sate Kajang...

Ini adik ada suka makan Air batu.....
Apa nak buat saya kalah dalam siri pertama... markah teruk tak sampai 100 pun.. jura nya adalah Anis.. nampak jer lembut budak nih.. tapi power juga resultnya... Juara longkang...lu pikir la sendiri sapaerrr...

Second game... markan sya dah naik dan menjadi juara pada siri kedua...Anis jatuh mendadak dari tempat pertama ke tempat ketiga. Tempat kedua telah dirampas oleh Mama @ Punai @ Umi Chikk...Itu pun setelah Punai @ mama @ Umi Chiikk telah mensabotaj pemain bernama Long..... tentang Juara longkang, wa malas nak komen.. lu pikir la sendiri...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baru sebentar tadi aku sekeluarga pergi main bowling di Ampang Bowl, Metro point.

Anis juga ada sekali. Antara yang hadir ialah Saya, Mahani, Lutfi, Anis, Umi Ana dan Mama.

Dalam pusingan pertama nampaknya Anis menjadi juara secara keseluruhan dengan mendapat markah sebanyak 114, manakala saya hanya berjaya mendapat markah sebanyak 99 sahaja. Manakala Juara Longkang diterajui oleh .................... (sila isi tempat kosong berdasarkan gambar diberi diatas... hee..hee)


Manakala pada pusingan kedua, saya kembali merampas takhta tetapi Anis telah kecundang dengan meraih tempat ketiga, makala Punai @ Mama @ Umi Chiiikk telah merangkul tempat kedua...
Adiosss......

KG SG BULOH DILANDA BANJIR

Lihatlah bagaimana mereka ini begitu kusyuk tengah menangkap ikan..
Lajunya air ini...

Along tolong Lutfi Along.. tolongg...
Lipan air tengah berenang-renang kegembiraan.. kalau digigit aduh sakitnya...
Tu nampak tak rumah tu, itulah rumah bonda aku..
Wah banyak air... sungguh laju dan kuat sekali air ini mengalir...
Tikus-tikus kesejukan
Along Syafiq sedang membuat lawatan dengan saya... Along sebagai pemandu arah saya pada hari tersebut...


Lebar senyumnya dapat main Air..
Didalam air ini ada padi yang sedang masak ranum sedia untuk dituai...


Sawak ker laut nini.. inilah sawah yang dinaiki air...
Tu gambar orang Kg nak pergi menangkap ikan...


Lagi peserta turun untuk menangkap hasil ikan sungai...

Tak peronah dio nie dapek main macam nie.. tu yang sonyum sampai pangkal tolingo sobab kogombioraan....


Jambatan buloh yang kami gunakan untuk menyeberangi parit (Bondar@Bandar) dibelakang rumah bonda ku
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sewaktu pulang ke Kg baru-baru ini iaitu pada waktu kematian Ibduk Lisam (3 Dis 2009) Kg Sg Buloh telah dilanda Banjir.
Hasil tinjauan saya, banyak kerosakan tanaman (padi) berlaku. Padi-padi ini yang sepatutnya mula dituai terpaksa ditunda kerana musim hujan dan banjir.

Kasihan saya melihat para petani yang ditimpa musibah ini. Modal sudah banyak keluar tetapi hasilnya ditimpa musibah. Mungkin ada hikmah disebalik ujian yang ALLAH Berikan ini.

Sesungguhnya ALLAH tidak akan menguji hambanya sekiranya hambanya itu tidak mampu diuji.

Disamping ujian ini, Penduduk Kg Sg Buloh juga mendapat faedah sampingan. Pada musim ada juga faedah yang diperolehi. Kepada yang rajin, waktu begini banyak ikan-ikan mula naik.. Boleh menangkap ikan dengan menjala, menapuk atau memasang jaring.

Hasilnya pasti lumayan...

LISAM BINTI MANAP (INDUK LISAM) DALAM KENANGAN

Ini gambar mak, Kak yai tengah makan dengan anak-anak
Mak tih dengan menantunya.

Ketika bacaan talkin di Tanah Perkuburan Islam Kg Sg Buloh..
Antara yang hadir mengiringi Jenazah... Khemah ini di sponsor oleh Syarikat Kedai Runcit Tabung Keluarga...



Lagi gambar saudara mara yang hadir

Ini gambar sewaktu Induk tengah sihat, saya sempat merakamkan gambar beliau sewaktu berkunjung kerumah beliau tempohari...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3 Dis 2009, 5.00 pagi.. DARI ALLAH KITA DATANG, MAKA KEPADA DIA JUALAH KITA PERGI.

Dukacita dimaklumkan bahawa Induk Lisam (LISAM BINTI MANAP), kekanda kepada Bonda saya telah pergi menemui penciptanya. Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi Induk Lisam.

Banyak kenangan antara saya dengan Induk Lisam dari kecil hinga saya dewasa. Kali akhir saya berjumpa beliau ialah minggu yang lalu dimana saya ziarah beliau ketika di Hospital Seremban. Semoga ALLAH memelihara Roh Allahyarham, semoga ALLAH merahmati Roh Allahyarham, semoga ALLAH meletakkan Induk Lisam di tempat orang-orang yang beriman.
Insyallah, Jenazah akan dibawa pulang kekampung setelah semua dokumentasi dengan Pihak Hospital Seremban selesai.
AL-FATIHAH... (Baca hingga akhir).

Sunday, December 6, 2009

Saturday, December 5, 2009

BUAT DODOI DAN BAKAR SATE...




28-11-2009 ~ Wah bestnya, kami semua berkumpul di Kampung Sg Buloh Nan Jauh Disana. Kami buat dodol untuk makan penghanan cair.. bestnya...




29-11-2009 ~ Saya buat sate dan bakar sate di Rumah Kajang.. nie gambar nya...seperti kat atas...Kebetulan Makwe pun ada sekali.. dapatlah dia merasa....

Sate saya sedap.. bebb...Kalah Rasa sate Kajang... Perrhhh