DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Monday, December 28, 2009

PART 2 - FAMILY DAY DI TIARA BEACH RESORT PORT DICKSON

This is a very sweet memory

Dari Kiri belakang - Mas, Kndak, Mahani, Kak Su, Capik, Banchik, Kak Long, Kaktih, Sabri, Shidah, Abng Nasar, MAK, Kak Ina, Radhi, Bangah, Kak Zana, Not, Bong Mi, Rosnah, Pizi, Ajai, Boi, Zila Wandy and me

Duduk dari kiri :- Iqbal, Dadiq, Suhada, Amira, Sharul, Lutfi, Sharil, Nisa, Ika, Aliya, Kaklang, Kak long i'In, Winoh dan Shima
Bersantai di tepi pantai
zzzzzzz... Aliya begitu lena tidoq
Mama Shida tengoh buat chong apa la agaknya tu
Waa..tengah tunjuk skilll

Macam ada gaya.. tapi perahu tak jalan-jalan
Seronok sungguh
Kak Ngah Nisa tengah melayah perasaan
Antara dua wajah yang aku sayangi
Wah adik tak sejuk ker...
Tembam dah Iqbal nie... lebih-lebih lagi dah lepas bersunat...
Winoh juga tak lepaskan peluang mandi
Nie masti baru lepas makan dan tak basuh tangan lagi ni. Basuh tangan dalam kolam yerrr
Pak mi kira macam Baywatch ler.. jadi penjaga budak-budak mandi
Gambar macam nangis tetapi sebenarnya tengah bergumbira
Main baling-baling bola
Mas juga tak lepas peluang mandiii
Budak ini merajuk sebab tak dapat bola

Arrrgggg.....tension nya tak dapat bola...

Yg depan sekali nie bukan keluarga kita tauuu..
Anak dan Ibu

Senyum kembali setelah berjaya dipujuk
Ewahh mak uda yang lebih-lebih tuuu...
Akhirnya aku berjaya...agaknya itulah ungkapan radhiii.. hee..hee




Baywatch nombor 2



Baywtch menjalankan tugas-tugas menyelamat




Didapati air kolam semakin kering...setelah disiasat air tersebut kering disebabkan telah disedut oleh pampers Aliyaa.. ayooo...yoo...dia punya ama sudah lupa kasi buka pampers dulu ini anak...

Jaga-jaga baywaytch nak marah tu...

Mandi samapai tertido dalam air...










ASSALAMULAIKUM WBRKTH SE

PART 1 - FAMILY DAY DI TIARA BEACH RESORT PORT DICKSON

ASSALAMULAIKUM WBRKTH SEMUA,

26 - 27 DISEMBER 2009 adalah hari kami sekeluarga berkumpul. Lokasinya adalah di Port Dickson Tiara Beach resort.

Memandangkan banyak cerita yang nak saya kongsikan, so ianya akan ada episod by episod. Ini adalah kerana banyak kenagan manis yang tak dapat saya gambarkan.

Selamat melayari dan mengamati artikel ini. Saya jangkakan akan ada 6 - 7 episod mengenai program ke PD ini.

Salam,

HASSIM, BANCHIK, ABI, ABNG LONG DAN SESIAPA YANG MENGENALI...

Tuesday, December 22, 2009

AIMAN AMANINA ABD RAHIM DICARI KELUARGA


SALAM TO ALL,

Saya ada menerima email dari sahabat yang sedang membantu mencari anak sahabatnya yang lain, SAHABATNYA INI MEMBANTU SAHABATNYA mencari anaknya YANG LAIN, DAN SAHABAT YANG LAIN INI MEMBANTU MENCARI ANAK SAHABATNYA YANG LAIN BEGITULAH SETERUSNYA SEHINGGA KITA JUMPA dan dapat MEMBANTU mencari anaknya yang hilang. Saya uploadkan diblog saya untuk membantu mereka mencarinya. Semoga beliau kembali ke pangkuan keluarga.

Kepada Adik Aiman Amanina, silalah balik. Jangan buat Umi dan Abi adik macam ni. Kalau ada apa-apa yang tidak puas hati, lari dari rumah bukan jalan penyelesaian yang baik. Kesian umi dan Abi adik. Kalau adik mendengar nasihat dari rakan supaya adik lari dari rumah, itu adalah nasihat yang tidak betul. Percayalah cakap abang, umi dan abi adik sedang merindu adik dirumah. Kalau kawan adik nasihatkan adik supaya lari dari rumah, percayalah adik akan menyesal suati hari nanti. Zaman remaja adik pada masa ini bukanya untuk bersukaria sahaja tetapi adik perlu berada disamping keluarga dan menimba ilmu sebanyak mungkin untuk adik hadapi hari-hari yang mendatang dimasa akan datang.
Tolong lah adik, baliklah... abng merayu adik untuk pulang walau pun abng tak kenal adik. Baliklah, pasti umi dan abi adik akan gembira.
Kepada keluarga Aiman Amanina, sabarlah dugaan ini. Berdoalah kepada ALLAH agar adik Aiman Amanina ini dilindungi oleh nya. Semoga adik Aiman Amanina pulang dengan selamat hendaknya.
Sewaktu saya search di Google saya jumpa blog ini yang juga sedang membantu mencari adik Aiman Amanina

Aiman Amanina dicari!

Updated 13 Dec : 07:14 by webmaster http://www.nurinalert.org/comment.php?comment.news.22

Seorang pelajar berusia 16 tahun Aiman Amanina Abd Rahim, telah keluar dari rumah sejak 11 November yang lalu. Dipercayai berada sekitar Kuala Lumpur. Sesiapa yang terjumpa sila hubungi En. Rahim 019-2881788 atau En. Zainal Abidin 019-2119119.

Tuesday, December 15, 2009

BLOG BARU KELUARGA AR-RAHMAN

Tahniah kepada Noknot (Rohana binti Mohd Abdul Rahman) kerana telah berjaya menghasilkan blog Keluarga Ar-Rahman. Sesungguhnya blog ini boleh dijadikan wadah perhubungan di alam maya sebagai tanda kenang-kenangan dan berkongsi maklumat.

Blog ini boleh dilayari melalui http://keluargaarrahman.blogspot.com/

Sebagai makluman semua juga, saya sudah mengajarkan beberapa orang anak-anak saya untuk mewujudkan email mereka sendiri seperti di bawah :-

intannurqamarina@gmail.com
nurshahirazulaikha@gmail.com
intannurdanisyah@gmail.com

Kalau ada masa nanti, saya akan ajarkan mereka how to create blog mereka supaya mereka lebih terdedah kepada IT.

Sunday, December 13, 2009

INTAI GEMINIDS METEOR TAHUN INI

Gambar Meteor dari Laman Web Falak Malaysia


Sebab utama kenapa jangan lepaskan peluang intai Geminids tahun ini!
Submitted by shahgazer on Fri, 11/12/2009 - 10:21.








Bayangkan jika kita cuba melintas sebuah lebuh raya yang sibuk. Bermula dari lorong perlahan, jumlah kereta mungkin tidak banyak. Tetapi lama kelamaan, kita bergerak menuju ke lorong laju, jumlah kereta bertambah dan semakin laju!



Begitulah keadaan yang kita sedang hadapi dengan juraian meteor Geminids ini. Bermula dengan kemunculan meteor pertama pada kurun ke-19, yang mana ketika itu ia muncul pada kadar hanya 12 meteor sejam sahaja ketika puncak. Kini trend menunjukkan ia semakin aktif dan jumlah meteor bertambah dari setahun ke setahun.




Ini disebabkan Bumi sedang meluncur ke 'lorong tengah' laluan debu-debu bekas peninggalan sebuah komet yang sudah pupus, iaitu Komet 3200 Phaethon. Malah saintis menganggapkan Phaethon lebih bercirikan sebuah asteroid berbanding sebuah komet. Setiap tahun, Bumi akan bergerak semakin dalam ke kawasan debu yang lebih padat, dan ini akan menghasilkan pertambahan meteor yang banyak setiap tahun.



Graf di sebelah menunjukkan trend peningkatan jumlah meteor Geminids, dan dijangkakan ia akan bertambah sehingga 20-50% untuk dekad akan datang! Malah untuk tahun ini, ketika ia memuncak pada 13-14 Disember ini, sehingga 140 meteor sejam (ZHR) akan dapat dilihat!.
Ditambah pula dengan langit gelap yang tidak diganggu oleh cahaya Bulan (yang mana ia hanya terbit sekitar jam 5 pagi), kebarangkalian untuk dapat melihat meteor yang banyak adalah cukup tinggi.



Jom! Jangan berlengah lagi.. kejar meteor!!




Sumber Dari Web Falak Malaysia.




My Story :-




Lepas dapat berita nie, mlm tadi saya tidor lambat dalam jam 3.15 pagi. Dari rumah saya mendongak melihat langit. Agak terang. Saya hanya dapat melihat 5 meteor sahaja. Mlm ini, saya dah buat persiapan awal, bentang tikar dan bawa bantal di halaman rumah. Kononnya nak melihat meteor dengan Lutfi. Ubat nyamuk pun dah beli...Minta-minta dapat tengok fenomena ciptaan ALLAH ini.


Saturday, December 12, 2009

KEMALANGAN LORI TANGKI MINYAK DI JELEBU


Keadaan sekitar kawasan rumah yang hangus terbakar setelah dirempuh sebuah lori tangki minyak yang terbabas di Kampung Ulu Klawang, Negeri Sembilan. Dalam kejadian itu menyebabkan tiga orang termasuk dua adik beradik berusia 7 dan 14 tahun rentung. - UTUSAN


----------------------------------------------------------------------------------------




KUALA LUMPUR 12 Dis — Petronas Dagangan sedang menyiasat insiden di mana sebuah lori tangki minyak merempuh sebuah rumah di Batu 18, Kampung Ulu Klawang di Jelebu, Negeri Sembilan sehingga mengorbankan pemandunya dan dua beradik kira-kira 8.40 pagi tadi.


Menurut kenyataan Petronas Dagangan, pihak berkuasa dan wakil Petronas Dagangan serta operator flit pengangkutan yang membawa produk untuknya berada di tempat kejadian untuk menyiasat punca insiden.


"Petronas Dagangan melahirkan rasa kesal dan takziah dan akan memberi segala bantuan yang perlu kepada keluarga mangsa insiden.

"Syarikat akan mengambil tindakan yang perlu terhadap operator pengangkutan yang terbabit dalam kejadian ini,” kata kenyataan itu.


Dalam kejadian itu, lori tangki berkenaan yang sedang membawa 21,000 litre petrol dan 10,000 liter diesel terbabas dan merempuh sebuah rumah lalu terbakar.

Pemandu lori tersebut mati dalam kejadian itu termasuk dua beradik yang sedang berada di dalam rumah berkenaan semasa kejadian. — BERNAMA


Tiga terbunuh termasuk dua beradik apabila sebuah lori tangki minyak terbabas dan merempuh sebuah rumah menyebabkan ia hangus terbakar di Kampung Batu Ulu Klawang, Batu 18 di sini pada pukul 8.39 pagi ini.


Ketua Balai Bomba Jelebu, Adzhar Che Onn berkata, mereka yang terbunuh ialah pemandu lori syarikat MISC Integrated Logistic Sdn. Bhd., Shamsul Kahar, 36, serta dua beradik iaitu Anisah Hanapiah, 14, dan Mohd. Hafiz Hanapiah, 7.


"Dua beradik itu rentung selepas terbakar dan ditindih pecahan batu akibat rempuhan tersebut.
"Mayat kedua-dua beradik itu ditemui pada pukul 10.20 pagi manakala mayat pemandu yang 60 peratus terbakar ditemui tercampak berhampiran pagar luar rumah yang hangus itu pada pukul 9 pagi,’’ katanya.


Ketika kejadian, ibu dua beradik malang itu, Mariani Cembeng, 45, tiada di rumah kerana menghadiri mesyuarat di kawasan berhampiran.


"Lori tersebut turut merempuh sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum terbabas di tebing setinggi empat meter dan merempuh rumah yang terletak di tepi tebing berkenaan,’’ kata beliau.


Jelasnya, 15 anggota bomba dan penyelamat dari Jelebu dan Seremban diketuai Timbalan Penguat Kuasa, Zakaria Amat dan Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Khairul Azwan Ibrahim berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh satu jam. - Utusan

Wednesday, December 9, 2009

PENDAPATAN SAMPINGAN HASIL DARI BANJIR YANG BERLAKU

Mak tengah menunjukkan ikan yang sangat besar, dalam plastik ada lagi sekor...
Tengoklah tu, kusyuk wal tawaduknya menangkap ikan.....

Salam To All,

Ingat tak posting saya Kg Sg Buloh dilanda banjir. Dalam artikel tu ada saya sebutkan bahawa penduduk Kampung mendapat pendapatan sampingan dengan hasil tangkapan ikan.

Saya terlupa nak downloadkan gambar ikan yang mereka dapat. Tengok tu, mak tengah pegang seekor ikan LIKO seberat 3 Kg. Besar kan. ada 2 ekor sebesar tu.

Kebiasaannya, kalau penduduk Kg dapat ikan besar-besar pasti dia akan datang untuk dijual di rumah Mak. Ini kerana mak selalu beli ikan-ikan mereka nie. kalau tak mak yang beli, anak-anak mak yang lain yang beli. Yang pasti, kalau sapa-sapa yang datang kerumah tu bawa ikan yang besar, pasti tidak pulang dengan hampa.

Sewaktui arwah abah ada dulu, abah selalu dapat ikan besar-besar macam ni.. Nak tahu apa rahsia abah, nanti aku ceritakan kemudian dalam posting "Buntat Ikan".

Salam,