Nir Gambar Amira, lutfi dan Dadiq tengah tunggu lomang masak dan tu gambar kami tgh bertakbir dan berdoa...
Salam Sayang Buat Semua,
Baru-baru ini saya balik kampung untuk meraikan Hari Raya Haji...Seronok balik kampung...
7 Disember 2008 ~ Hari ahad tu, saya tolong emak buat lemang...Tak Banyak 7 batang ajerrr..sajaer untuk memeriahkan keadaan...nak tengok gambar lemang tu..ha nie diaa...
So, malam tu saya pakat-pakat adik beradik kita akan sembahyang berjemaah dan bertakbir bersama-sama, lepas itu kita kerumah Kak Long Shimah (Kaklong kena deman Chhikungya baru baik nie), Kerumah Banchik ShahRom (Rumah Baru Dia laaa..) dan Kerumah Kakndak (rumah Kakndak tak jadi sebab Abang Ajai balik Pasoh).. So kami pun bertakbir juga di rumah mereka...Disamping kami juga sedekahkan bacaan untuk Arwah Aboh dan orang-orang yang telah pergi dahulu daripada kita..Amin
Apa yang manisnya kali ini, setiap tahun saya bertakbir, saya jadi kepalanya, tapi kali ini, ada penambahbaikan sikit, Radhi, Boboi, Chapiq dan banchik Shahrom pun dah boleh jadi kepala untuk bertakbir...Alhamdulillahh..sedikit sebanyak saya berjaya menerapkan nilai-nilai ini...Kalau dulu kami tak pernah sembahyang berjemaah, kini kami dah mula bersembahyang berjemaah walaupun sesekali...ada perubahan yang positif nampaknya...
3 comments:
Seronok bila buat macam tu...sebab berkumpul adik beradik.... :-)
Yg Merindui Kemanisan Keluarga Bahagia :- Dari Adikmu No. 14
Memang lah seronok, tapi kena ingat apabila kita gembira ada yang berduka, apabila kita merindu ada orang yang dirindu, bila kita ingin merasa manis, taburkan madu.
Insyallah kita akan teruskan aktiviti keluarga..semoga mendapat hidayah dari ALLAH.
Memang lah seronok, tapi kena ingat apabila kita gembira ada yang berduka, apabila kita merindu ada orang yang dirindu, bila kita ingin merasa manis, taburkan madu.
Insyallah kita akan teruskan aktiviti keluarga..semoga mendapat hidayah dari ALLAH.
Post a Comment