21 JUN 2009 ~ Adalah hari bapa. Semua orang menyambut hari bapa. Memanglah hari bapa ini disambut setiap hari, tetapi tidak salah kita mengingati hari bapa sempena Hari Bapa pada 21 Jun 2009.
Walau bagaimanpun, hanya ALFATIHAH yang dapat aku hadiahkan buat ayahanda ku. Sesungguhnya telah aku ceritakan sebelum ini bahawa ALLAHYARHAM AYAHANDA KU MOHD. ABDUL RAHMAN BIN CHUBOI TELAH PERGI MENEMUI PENCIPTANYA PADA 28 JUN 2007, JAM 7.30 PM (HARI KHAMIS MALAM JUMAAT) DIKALA UMURNYA 67 TAHUN.
AL-FATIHAH. YA ALLAH AMPUNILAH DOSA AYAHANDA KU, KAU LETAKKANLAH AYAHANDA KU DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN. KAU MASUKKANLAH AYAHANDA KU KEDALAM SYURGA MU DENGAN RAHMAT MU YA ALLAH.
Kepada kalian yang datang ke blog aku, sayangilah bapamu, ambillah peluang untuk sentiasa bersamanya.
Salam dari,
HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN
4 comments:
bila kita nak buat tahlil sendiri sambil bersihkan kubur abah????
sebelum pose nak???? kalau dapat bagitau awalll
Nak beritahu siapa? Memang kita ada cadangan begitu.. InsyaALLAH akan kita buat sebelum puasa.. tapi siapa yang menulis cadangan ini, kerana tiada nama.. it can be anyone...
kaktam lah....
Ohh.. Kak Tam..tu laa.. tak letak nama. Kita pun tak tahu sapa....
Insyallah, mungkin kita buat sebelum puasa... tapi tu dah dekat dah tu kan???
Post a Comment