DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Tuesday, January 6, 2009

PROJEK TANAM SERAI

7 Jan 2009 ~ Balik dri kerojerr aku dan Lutfi capai cangkul dan terus ke kobun..aku tanam lima rumpun serai lagii...minta-minta malam ini hujan...segar lah sikit pokok serai tu...Hari ini dapat awal sikit pergi kobun sobab aku dah sembahyang asar di pejabat...so balik-balik umahhh terus capai cangkul...Tadi kak Lang ada antar email kat aku..dia kata ambiklah gambar serai tu dan put in the blog, aku memang dah lama dah terpikir nak buat tu tapi bila poi kobun jerr..aku lupo bawak camera. Bukan apo...kobun tanah haram tu...bolom macam kobun laii..yo lah...sorai baru den tanam...tak do rupo macam nak idup yooorr...tapi atas pomintaan peminat orang yang molayari blog den ini, sudah pasti akan den tunaikkannn...Sobar yooo...

06 Jan 2009 ~ Tadi lepas balik kerja, kita tunggu azan maghrib lepas tu terus sembahyang. Sesudah sembahyang kita ambil cangkul dan bawa benih serai ke hujung taman tempat kita tinggal. Kita buat projek tanam serai.

Kita dah mula projek nie dari 15 Disember lagi. Puncanya kita nak tambah simen kat belakang rumah ni, so serai yang emak tanam tu dah besar. Kita cabut dan tak tahu nak buat apa, kita tanam balik kat hujung taman nie. Sekarang nie kita dah ada 52 rumpun (setakat 06012009). Kita nak tambah lagi nie, tapi kalau Majlis cabut pokok tu, apo nak buekk..kira macam kita ni meneroka tanah haram, jugak laa...

Monday, January 5, 2009

PROGRAM MENJEJAK KELIP-KELIP DI KG SG BULOH







AKAN TIBA SUATU HARI NANTI, KITA AKAN BERSAMA MENJEJAK KELIP-KELIP DI KG SG BULOH...

Tuesday, December 30, 2008

JADUAL ABANG YUSRI BALIK HAJI

LUPO NAK MAKLUMKAN..ABNG YUSRI DAH SELAMAT BALIK. TOUCH DOWN 29 DIS 2009, JAM 9.25 MALAM. 30 DIS 2008 KITO BUEK KONDURI SIKIT SAMBUT DIO BALIK DAN KONDURI PINDAH RUMAH BANCHEK SHAHROM. N AT NIGH, ABG YUSRI BERLEPAS BALIK KE KULIM..EHHH..SILAP LA PULOK...TUAN HAJI YUSRI WONG BIN ABDULLAH...

Salam Buat Semua,

Kemungkinan jadual abng Yusri balik adalah seperti di bawah :-

Tarikh : 31 Oktober 2008
Masa : 10.00 Malam waktu malaysia

Insyallah, Banchik akan ambil dia di KLIA dan bawa balik ke kampung sebelum beliau dijadual balik ke Kulim hari keesokannya.

Monday, December 22, 2008

Kenangan Dengan Adik-Beradik

Salam buat semua yang disayangi,

Kalau ada cerita dan kenangan manis dengan adik beradik, sila masukkan kat komen tu..so bolehlah kita bukukann..

RUMAH BARU BANCHE'K SHAHROM



Lupa pulak, hari tu kita dah ambil gambar rumah baru Banche'k Sharom. Dia sekarang dalam peralihan pesara Askar. So, dia ambil keputusan untuk duduk di Kampung sahaja.


Dia beli tanah tu dengan harga RM 18,000.00. Besar juga rumahnya. Belanja buat rumah rasanya RM 70-80 ribu. Budget mula RM 60,000.00 tapi biasalah buat rumah, ada sahaja yang ditambahnya.


Alamat rumah dia :-SHAHROM MOHD ABDUL RAHMAN, Belakang Rumah Achik Md Shah, Tanah Banjir, Jalan Padi Malinja..hee...heee..saya pun tak tahu...



Sunday, December 21, 2008

BERSANTAI DIHUJUNG MINGGU

Dari Kiri..Umi, Abah, mahani, Lutfi dan aku..yang lain-lain tu aku tak kenal..pengunjung yang datang saner la tuuu..
21 Disember 2008 ~ Mmmm...badan ini perlu rehat termasuk otaknya sekali...So saya ajak Mahani dan Lutfi untuk pergi berehat di Sungai Tekala...Sepatutnya hari ini aku ada program di Bandar Seri Putra..tapi aku tundalah program tu...

Lutfi apalagi seronok bukan main...sampai di sana lebih kurang Jam 10.00 pagi..aku bayar tiket masuk Rm 1.00 seorang. Lutfi dapat masuk free....Punya la lama Lutfi mandi sampai pukul 2 lebih baru naik...Waktu tu Abah dan Umi pun datang sekali singgah. Dia baru balik dari kenduri di Beranang.
Lepas balik dari Sungai Tekala, kami pergi ke Mid Valley..sajer jalan-jalan...tempat macam nie bukan nya pilihan aku tapi Mahani dah beriya-iya ajak..aku pun pergi. Kami makan Mcd di sana dan buat window shopping, lepas tu kami balik lebih kurang Jam 6.30 petang...Kami Solat Asar di highway Saga lebih kurang jam 6.40 petang..hee...hee...dah lewat...tu yang malas nak pegi tempat-tempat macam tu tu..leka sajerrr....tapi tu alasan ajerrr...ada banyak surau kat saner aku jer yang tak sembahyang...

Balik tu dah penat sangat kononya nak cari tukang urut tapak kaki kat Kajang..la tak bukak lagi..apa lagi...terus balik rumah..lepak rumah juga yang bestnya...Rumah ku Syurga Ku...

Monday, December 15, 2008

PESAN ABAH



ALLAHYARHAM AYAHANDA MOHD. ABDUL RAHMAN TELAH PERGI MENEMUI PENCIPTANYA PADA 28 JUN 2007, JAM 7.30 PM (HARI KHAMIS MALAM JUMAAT) DIKALA UMURNYA 67 TAHUN.
OLAHAN DARI LAGU DI PONDOK KECIL

Dirumah Itu,

Di suatu hari, abah yang nampak ceria, tapi jauh di mata hatinya ada sesuatu yang disembunyi.. Abah sering berkata, bawalah ia untuk berjumpa sanak saudara serta kenalan lama, Aku cukup gembira serta dengan rasa bangganya aku membawa beliau berjumpa rakan dan sanak saudara, aku bawa berjumpa beliau dengan rakannya yang sudah 40 tahun tidak berjumpa... Gembira aku tu hanya sementara rupanya...

Di Rumah itu….

Suatu Hari Ayah Berkata..jaga lah adik-adik MU, Abah juga memanjngkan pujian kepada salah seorang daripada Kekandaku yang dulu selalu Abah marahi, katanya walaupun dahulu dia selalu marah kekanda ku itu tetapi kekanda ku itu tidak pernah melawan...sesunguhnya Abh tak pernah tidak sayang pada anak-anaknya...

Dirumah itu,

Jaga Adik Mu....Katanya Ayah kan Pergi Jauh..Aku tak pasti..ku biarkan ia berlalu... Aku tidak merayu Pada Ayah..Aku tidak kata pada abah jangan Tinggalkan kami...Aku tak kata pada abah "Kami Sayangkan Abah..."walaupun aku selalu mencium dahi abah tapi aku tak pernah luahkan AKU SAYANG ABAH...


Di Rumah Itu,
Wahai adik-adik ku, dengarlah nasihat Ayah itu, dengarlah cakap ku, dengarlah cakap ibu, dengarlah cakap kekanda mu..

Wahai kekanda semua, dengarlah rintihan hati adik-adik, bersatulah..teruskan bersatu...bersatu di bawah lembayung rahmat ALLAH...

Wahai Kekanda dan Adinda Iparku, sokonglah kami, fahamilah kami..sayangilah kami, sayangilah keluarga kami...

Di Rumah Itu,
Wahai Abangku.. Ke Mana Ayah..Ku Sayang Ayah.. Ku Cinta Ayah..
Ku Sayang Ayah..2xDuhai Adik Ku..bacakanlah ALFATIHAH UNTUK ABAH...

Di Rumah Itu,
Jangan Bersedih wahai adikku...bacaan Alfatihah mu lebih berharga dari wang ringgit untuk ABAH...ABAH KITA telah pergi Menyambut Seruan Ilahi..

Tapi Ingatlah Adik Ku..Pesanan ABah, jagalah maruah keluarga, jagalah persahabatan keluarga...jagalah nama keluarga Walau Di Mana Jua..

Pada Mu ALLAH Aku Bermohon Dosa Ayahku..Minta Di Ampunkan, Ku Iringi Doa, Rahmati Dia..Tempatkan lah Ayahku..Bersama Kekasih Mu..

Di Rumah itu, Abah meminta sebatang pen dan sekeping kertas. Abah meminta dengan menggunakan bahasa isyarat... Abah mula menulis, ku amti tulisan itu...Abah meloretkan perkataan selamat tinggal sehari sebelum dia pergi...

waktu itu kami tak tahu apa-apa yang dimaksudkan...Ku biarkan ianya berlalu..Rupanya itulah tanda untuk Abah pergi... ABAH sudah tahu bahawa dia sudah bersedia untuk melepaskan tanggungjawabnya kepada Kekanda-Kekanda Mu untuk menjaga adik-adik mu.... abah pergi malam esoknya...

Wahai semua Kekanda dan Adinda, dengarlah rintihan kekanda dan adinda mu...

Ku sayang Abah, Aku Cinta Abah...Doakan lah Alfatihah...

Di Rumah Itu,
Kini tinggal Mak yang teruskan perjuangan Abah...sayangilah dia...

ALFATIHAH UNTUK ABAH

SALAM DARI,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

p/S : Kalau sesiapa yang baca ruangan ini, tolonglah print dan berilah kepada Kekanda dan Adinda mu yang tidak berkesempatan untuk membaca blog ini...